LightBlog

09 April 2015

Perokok adalah pengotor




Mungkin perokok-perokok diluar sana akan marah apabila membaca tajuk artikel yang saya akan tuliskan ini. Umum mengetahui bahawa rokok itu tidak baik untuk kesihatan, ini kerana rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang berbahaya dan boleh memudaratkan tubuh badan kita.

Gambar hiasan dipetik dari google.com

        

                                                 Gambar hiasan dipetik dari google.com

Dengan merokok dan terhidu asap rokok kita berisiko mengidap pelbagai jenis penyakit antaranya ialah risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi. Antara keburukan lain merokok ialah, apabila puting rokok yang masih mempunyai bara jika dibuang dimerata-rata boleh menyebabkan kebakaran, lebih-lebih lagi jika puting rokok ini dibuang keatas bahan mudah terbakar seperti kertas, kain, tilam dan sebagainya. Jika puting rokok dibuang kedalam semak boleh mencetuskan kebakaran hutan lebih-lebih lagi di musim kemarau. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengeluarkan fatwa. menghisap rokok adalah haram bersandarkan kepada beberapa hujah seperti merokok boleh memudaratkan serta berbahaya kepada tubuh badan perokok dan juga tubuh pada sesiapa sahaja yang menyedut asap rokok tersebut.
Cuba kita sama-sama membuat kiraan berapa ringgit duit yang dihabiskan oleh seorang perokok itu. Harga sekotak rokok sekarang ini adalah RM 10 lebih. Jika perokok itu hanya menghisap sekotak sehari, dalam sebulan perokok itu sudah menghabiskan RM300 sebulan. RM300 ini terbuang bergitu sahaja tanpa mendatangkan sebarang faedah tetapi hanya mengundang penyakit sahaja.
Ok berbalik kepada tajuk artikel saya tadi kenapa saya berani mengatakan bahawa perokok itu seorang pengotor. sebagai contoh jika di warung-warung atau kedai-kedai makan apabila perokok-perokok ini selesai makan, mereka akan  merokok, mereka akan mengetip habuk rokok dimerata-rata seperti dibawah meja makan, didalam pinggang atau didalam bekas minuman. Selepas merokok mereka akan memijak-mijak puting rokok dengan tapak kasut untuk mematikan bara. Juga terdapat perokok yang akan mempenyek-penyekkan puting rokok kedalam pinggang dan cawan atau gelas jika di warung-warung atau kedai-kedai makan itu tidak menyediakan bekas habuk rokok. Kepada perokok marilah sama-sama katakan tak nak kepada rokok.






Kredit
Blog  : http:\\detikilham.blogspot.com

No comments:

Post a Comment